BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
tag cloud

Sunday 13 September 2009

PEGAWAI PENYELARAS PENGAWAS SMATIM

Thursday 10 September 2009

AJK PELAJAR PENGAWAS SMATIM

Thursday 27 August 2009

Rujukan Tugas

Tugas-tugas Ketua Pengawas

  1. Memastikan Falsafah Unit Pengawas diketahui,difahami dan dihayati oleh Unit Pengawas.Memastikan objektif-objektif Unit Pengawas dijadikan garis panduan oleh semua pengawas.
  2. Mempengerusikan semua mesyuarat Unit Pengawas
  3. Mewakili Unit Pengawas ke mesyuarat atau perjumpaan di luar sekolah
  4. Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK
  5. Mengetuai Projek Kewangan
  6. Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, Sabah Tanah Airku, sekolah, patriotik dan membaca Rukun Negara pada perhimpunan mingguan
Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas
  1. Mempengerusikan mesyuarat sekirabya Ketua Pengawas tiada atau ada hal lain di atas arahan Guru Pengawas atau Pengetua
  2. Mewakili Ketua Pengawas
  3. Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya
Tugas-tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha
  1. Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan pengagihan tugas
  2. Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
  3. Bertanggungjawab atas surat-menyurat
  4. Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas

Wednesday 26 August 2009

KENALI KAMI....













Peraturan-Peraturan Unit Pengawas

  1. Jangan menjadi pengawas semata-mata untuk mendapat sijil. Pihak sekolah tidak melantik anda untuk menerima sijil, tetapi melantik anda untuk menjaga keadaan sekolah. Anda akan menyesal pada masa yang akan datang sekiranya anda mendapat sijil perkhidmatan pengawas secara percuma.
  2. Semua pengawas diwajibkan melaporkan diri kepada Ketua Unit di bilik Unit Pengawas SMATIM sebelum jam 6.50 pagi bagi pengawas sesi pagi dan sebelum jam 12.15 tengahari bagi pengawas sesi petang, kecuali mempunyai alasan yang munasabah. Adalah kesalahan anda sendiri, sekiranya anda tidak menyiapkan kerja sekolah, jangan guna masa bertugas untuk menyiapkan kerja sekolah.
  3. Semua pengawas dibenarkan keluar 10 minit lebih awal sebelum waktu rehat untuk menjamah makanan ataupun ke perpustakaan. Jangan sesekali makan dalam kelas. Anda tidak dibenarkan melepak di dalam perpustakaan ataupun kantin semasa dan selepas waktu rehat kecuali mendapat kebenaran daripada guru yang mengajar selepas waktu rehat.
  4. Pengawas yang bertugas di bilik Unit Pengawas SMATIM tidak dibenarkan menjemput pelajar-pelajar lain untuk masuk ke dalam. Pengawas perlu mula bertugas pada jam 6.45 pagi bagi pengawas sesi pagi dan pada jam 12.10 tengahari bagi pengawas sesi petang.
  5. Semasa perhimpunan pelajar dijalankan, semua pengawas mesti berada di dalam dewan sekolah kecuali mereka yang ditugaskan untuk menjaga blok. Anda mesti pandai-pandai mencari pintu yang tidak dijaga pengawas supaya bukan hanya beberapa pintu dewan sahaja yang dijaga.
  6. Anda mesti memberikan perhatian semasa perhimpunan berlangsung. Pastikan setiap pelajar memasuki dewan secepat mungkin dan duduk mengikut kelas. Tunjukkan teladan yang baik kepada pelajar lain.
  7. Semua pengawas mesti memaparkan imej positif kepada semua warga sekolah. Anda mesti menunjukkan rasa hormat dan sedia menghulurkan bantuan ikhlas kepada guru, rakan sekolah dan pelawat.
  8. Setiap Pengawas mesti menunjukkan hormat kepada AJK Unit masing-masing. Sesiapa yang didapati ponteng tugas berturut-turut 3 kali tanpa alasan yang munasabah ataulewat hadir ke sekolah sebanyak 3 kali atau memakai uniform sekolah/pengawas yang tidak lengkap atau melanggar mana-mana peraturan sekolah akan dicatat kesalahan tersebut oleh Ketua Unit. Anda akan diberikan surat amaran pertama. Anda akan berjumpa dengan guru pengawas bersama surat tunjuk sebab. Jika masih lagi melakukan kesalahan-kesalahan tersebut atau melanggar mana-mana peraturan sekolah yang lain maka anda akan diberi surat amaran ke dua serta digantung tugas sebulan dan tidak dibenarkan memakai uniform dalam tempoh itu. Kesalahan kali ketiga bermakna anda akan dipecat daripada Lembaga Pengawas.
  9. Pemeriksaan terhadap keadaan uniform, rambut dan kuku pelajar akan dijalankan selepas perhimpunan mingguan. Pastikan pelajar-pelajar berkuku pendek, berambut pendek dan tidak diwarnakan, serta memakai uniform lengkap (memakai lencana, kasut putih berstokin). Nama mereka harus dicatatkan dalam buku kesalahan yang diperoleh daripada guru pengawas atau ketua pengawas dan tindakan demerit akan dikenakan terhadap mereka.
  10. Para pelajar dianggap lewat ke sekolah jika sampai di pintu pagar utama pada jam 6.50 pagi bagi pelajar sesi pagi dan pada jam 12.30 tengahari bagi pelajar sesi petang.pada setiap hari. Pengawas-pengawas yang bertugas di pintu-pintu sekolah harus kuncikan pintu pagar selepas ltempoh masa tersebut. Senarai nama pelajar-pelajar yang lewat akan diserahkan kepada guru disiplin untuk tindakan. Anda mesti menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab tidak kira pesalah itu kawan anda atau tidak.
  11. Semua pengawas mesti bekerjasama untuk memperbaiki diri sendiri dalam semua aspek. Jangan malu meminta bantuan daripada pegawas lain kerana malu bertanya, sesat jalan. Jangan malu untuk menegur atau menolong pengawas lain sekiranya mereka mempunyai kelemahan.
  12. Jangan menyertai Lembaga Pegawas jika anda tidak komited untuk menyumbang masa dan tenaga untuk menjalankan tugas anda. Jangan mengawal disiplin orang lain sekiranya anda sendiri tidak mampu mengawal disiplin diri. Sekiranya anda menghadapi masalah, hadapinya dengan jiwa seorang pengawas yang sebenar.

Matlamat

>Berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik sendiri dan para pelajar.
>Berikhtiar untuk menjadi teladan kepada para pelajar.
>Menekankan penerimaan tanggungjawab individu sebagai asas kejayaan peribadi, pencapaian kumpulan dan pembaikan komuntiti.
>Mengikhtirafkan dan memperkembangkan kepimpinan yang membina serta kejujuran peribadi.
>Menggalakan dan mengamalkan rasa timbang rasa dan kesediaan untuk membantu orang lain.
>Mengiktiraf kemuliaan dan nilai amalan yang berguna sebagai peluang untuk bekhidmat kepada sekolah.

>Meningkat dan memelihara disiplin diri pelajar-pelajar di sekolah.
>Mewujudkan suatu imej sekolah yang baik dan mengekalkan budaya sekolah.
>Mewujudkan dan memelihara hubungan yang baik di antara para pelajar dan Pihak sekolah dengan pengawas-pengawas.
>Bersatu padu untuk menjaga nama baik Unit Pengawas. Mewujudkan dan mempertahankan identiti pelajar-pelajar SMATIM.